Shipping Policy
Kami akan memastikan Produk yang dikeluarkan dan dipasarkan oleh Perusahaan AL Faiz Kebab adalah sentiasa bersih, berkualiti dan halal dengan :
1. Mengeluarkan produk yang berkualiti dan selamat kepada pengguna mengikut Akta Makanan 1983.
2. Memastikan bahan mentah yang digunakan adalah daripada bahan yang berkualiti tinggi.
3. Sentiasa meningkatkan kualiti dan produktiviti dengan menggabungkan kepakaran dan teknologi sumber manusia.
4. Memastikan barangan jualan kami sentiasa bermutu tinggi dengan tawaran harga yang berpatutan.
Refund Policy
Return & Refund Policy
Terima kasih kerana membuat pembelian di https://pybli.com.my/store/al-faiz-kebab/
Sekiranya anda barang yang anda terima rosak atau tidak segar, kami sedia membantu anda untuk mengembalikan wang anda.
JENIS BARANG YANG DIBERI JAMINAN PULANG KEMBALI
Selain daripada itu, kami tidak memberi jaminan pulang kembali (refund) untuk sebarang jenis barang sejuk beku (frozen), barang melibatkan fully seal seperti daging perap oleh pembekal kami, barangan runcit, masin dan rempah ratus.
JENIS KEROSAKKAN YANG DITERIMA
Barang seperti Kebab,Cili Sos, Mayonis, Roti Pita terbukti dan tidak boleh digunakan
CARA MELAPORKAN KEROSAKAN
Untuk jaminan pemulangan, anda perlu memeriksa barang anda dan whatsapp bukti gambar tidak segar atau rosak ke 0132040398 dalam tempoh 2 jam selepas anda menerima barang anda.
Selepas itu, pihak kami akan membuat pemeriksaan verifikasi berdasarkan barang anda. Barang mungkin perlu dipulangkan kepada pihak kami. Anda perlu menangung kos penghantaran. Kos penghantaran (menggunakan rider Lalamove) akan ditolak daripada jumlah pemulangan anda
Sekiranya diluluskan, pemulangan wang anda akan dibuat dalam tempoh 3 hari waktu bekerja.
SITUASI BARANG TIDAK MENCUKUPI/TIDAK LENGKAP
Pihak ALFAIZ KEBAB hanyalah penjual Makanan segera kepada pelanggan. Sering kali stok putus/habis dan pihak kami tidak dapat memaklumkan lebih awal kepada pelanggan kami. Pihak kami akan meletakkan sehelai kertas di bungkusan anda untuk memaklumkan barang yang tidak mencukupi. Untuk setiap barang yang tidak mencukupi, pihak kami akan membuat pemulangan wang ringgit. Anda hanya perlu mengisi borang yang akan diberikan kepada anda melalui whatsapp oleh pegawai khidmat pelanggan kami.
Pihak kami juga akan memohon butiran bank serta kad pengenalan anda untuk tujuan pemindahan wang. Sekiranya anda enggan memberikan kami butiran lengkap ini, proses pemindahan wang (cash) ke akaun anda tidak akan diteruskan. Kami hanya akan membuat pemindahan sekiranya butiran diberikan lengkap.
Walaubagaimana pun, pihak kami menawarkan dua pilihan iaitu :
Pemulangan secara cash dipejabat kami
Kredit Store dimana wang anda akan dipulangkan ke akaun AL FAIZ RESOURCES anda.
Pembelian di PYBLI bermaksud anda faham bahawa pihak kami tidak mengawal stok barangan dan kemungkinan barang yang dibeli melalui platform kami habis/putus stok di pihak pembekal kami. Pihak kami akan berusaha untuk memastikan pengalaman anda lebih baik dalam setiap urusan pembelian bersama kami.
Sekiranya anda tidak bersetuju dengan mana-mana perkara ini, anda dipinta untuk tidak meneruskan pembelian di platform kami.
POLISI REFUND UNTUK TEMPAHAN YANG TELAH DIHANTAR
Pihak kami akan menawarkan pulangan semula untuk barang yang hilang akibat kecuaian daripada rider penghantaran kami.
Pihak kami tidak akan membuat sebarang pembayaran pulang semula (refund) terhadap barang yang telah dibeli & dihantar kepada pihak anda. Berlaku situasi dimana pelanggan tidak respon terhadap panggil telefon setelah barang dihantar kepada anda dan akibatnya, barang tidak boleh dihantar kepada anda.
Pihak kami akan membuat pulangan ke pejabat sekiranya anda tidak menyambut panggilan telefon. Pihak kami akan memberi notis 24 jam, sekiranya tiada respon, produk tempahan anda akan dilupuskan.
Sekiranya anda ingin mendapatkan semula barangan anda setelah barang dihantar ke pejabat kami, anda perlu menanggung dua jenis kos penghantaran iaitu
kos penghantaran barang dari rumah anda ke pejabat kami disebabkan anda tidak memberi respon selepas kami membuat penghantaran
kos penghantaran semula ke alamat anda.
Bayaran perlu dibuat sebelum penghantaran diteruskan. Sekiranya gagal, pihak kami tidak akan dapat memproses penghantaran produk anda.
Kami juga tidak memberi/menawarkan jaminan refund untuk barang yang rosak/hilang kesegaran untuk barang yang telah dihantar namun tidak diterima akibat ketiadaan anda dilokasi alamat anda. Tanggungjawab menerima barang tempahan adalah tanggungjawab anda.
POLISI REFUND UNTUK TEMPAHAN PROMOSI/SALE
Pihak kami tidak akan menawarkan pulangan semula wang kepada barangan promosi sekiranya berlaku kerosakan.
Barang promosi sudah ditawarkan dengan harga yang cukup murah. Tiada sebarang refund akan dilayan.
PENAFIAN
Kami hanya membuat penyusunan semula mengikut nombor pesanan untuk menempatkan pesanan dari kesemua vendor terlibat dalam proses jual beli ini.
Pihak syarikat hanyalah platform pengantara untuk peniaga pasar dan pihak pelanggan.
Pembelian di PYBLI bermaksud anda setuju dengan sebarang terma dan syarat yang terlibat dalam pengurusan syarikat.
Reviews
There are no reviews yet.